MG RV8 sebuah kereta klasik yang berkonsep moden


Berikut adalah gambar kereta konsep MG RV8 yang dicipta oleh Ernesto Rodriguez yang juga seorang lepasan ijazah dalam bidang lakaran.


Begitu unik sekali rekaan MG RV8 ini. Pada pendapat kami, ianya kelihatan seperti sebuah kereta klasik yang diubah suai supaya lebih moden dan kearah sebuah kereta konsep akan datang.




Read more: http://ohmacamitu.com/blog/tag/kereta-akan-datang-di-dunia/#ixzz2qKlNkxu1

Mitsubishi pamer kereta Concept G4



 Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd akan mempamerkan kereta konsepnya yang diberi nama Concept G4 di negara ini menerusi pameran bergerak di empat lokasi.



          Sebagai sebuah kereta eco, Attrage hanya mempunyai berat di antara 885 hingga 930 kilogram, paling ringan dalam kelasnya. Ia digerakkan oleh enjin tiga silinder yang sama seperti Mirage iaitu 1.2 liter MIVEC yang dipadankan sama ada dengan kotak gear manual lima kelajuan atau transmisi automatik CVT INVECS-III.

SEDAN ini dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

PROTON LANCAR HATCHBACK SPORTY SUPRIMA S

      Nama Suprima S berasal daripada perkataan “supreme” yang melambangkan kehebatan di dalam kejuruteraan, keselamatan dan prestasi yang terdapat pada hatchback baharu itu. Direkabentuk untuk memenuhi gaya hidup moden, Proton Suprima S ialah sebuah kereta dengan bentuk yang dinamik dan sporty selain daripada interior yang premium dan prestasi enjin yang memberangsangkan. Ianya adalah sebuah model Proton paling lengkap setakat ini dengan ciri-ciri yang tiada pada model Proton sebelum ini seperti sistem multimedia dengan sistem operasi Android, enam beg udara, Hill-Hold Assist dan lampu bantuan belakang LED.

       Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin 1.6 CFE dengan transmisi ProTronic CVT 7 kelajuan. Kuasanya bersamaan dengan enjin 2.0 liter standard iaitu 140 PS pada 5,000 rpm dengan tork maksmimum 205Nm dari 2000 hingga 4000 rpm.

      Untuk sistem keselamatan pula, Suprima S mempunyai enam big udara, ABS, ESC dengan Traction Control. Varian premium ditambah dengan Park Assist yang terdiri daripada kamera undur serta sensor depan dan belakang. Terdapat lima warna yang ditawarkan iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan warna baharu iaitu Atlantic Blue. Proton Suprima S juga mempunyai sedikit perbezaan pada wajah hadapan berbanding Proton Preve iaitu dengan gril baharu yang berbentuk heksagon atau sarang lebah. Proton Suprim S menggunakan roda aluminium bersaiz 16 inci untuk varian Executive dan 17 inci untuk varian Premium.

Model Kereta Pertama Malaysia


Proton Saga Generasi Pertama

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Sejarah penciptaan kereta, orang yang pertama sekali mencipta kereta


Kereta, kenderaan darat paling laju.
Kereta merupakan satu jenis tekonologi automotif iaitu kenderaan beroda yang membawa motor sendiri, boleh dipandu dan membawa penumpang lebih laju dari basikal, dan motorsikal.
Sejarah automobil mencerminkan suatu evolusi yang menjadikan satu industri yang sangat hebat sehingga hari ini. Contoh paling hebat ialah kemunculan pertandingan perlumbaan F1 dalam mencari pengeluar yang hebat no 1 dunia.
Adalah dianggarkan bahawa lebih 100,000 paten dicipta dalam sejarah automobil yang moden.







The First Automobile - 1886 Benz Patent Motorwagen Replica

Kereta pertama di dunia - Motorwagen

Tahun ini Jerman merayakan ulangtahun ke 125 dalam penciptaan automobil. Dan mungkin ada lagi yang tidak tahu bagaimana rupa kereta yang pertama sekali dicipta dalam dunia ini.


Untuk pengetahuan semua, kereta yang pertama sekali dicipta adalahMotorwagen, oleh Carl Benz pada tahun 1885. Pada tahun 1886 dia menerima hak paten pada penciptaan kereta tersebut dan ianya mula dikeluarkan.



Ia dihidupkan oleh enjin pembakaran sendiri empat-lejang. Menyerupai roda tiga gergasi. Sebuah silinder tunggal 954cc, enjin petrol yang disediakan hanya 0.75 tenaga kuda yang kelajuan puncaknya boleh mencapai sekitar 16 kilometer sejam.