Nama Suprima S berasal daripada perkataan “supreme” yang melambangkan kehebatan di dalam kejuruteraan, keselamatan dan prestasi yang terdapat pada hatchback baharu itu. Direkabentuk untuk memenuhi gaya hidup moden, Proton Suprima S ialah sebuah kereta dengan bentuk yang dinamik dan sporty selain daripada interior yang premium dan prestasi enjin yang memberangsangkan. Ianya adalah sebuah model Proton paling lengkap setakat ini dengan ciri-ciri yang tiada pada model Proton sebelum ini seperti sistem multimedia dengan sistem operasi Android, enam beg udara, Hill-Hold Assist dan lampu bantuan belakang LED.
Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin 1.6 CFE dengan transmisi ProTronic CVT 7 kelajuan. Kuasanya bersamaan dengan enjin 2.0 liter standard iaitu 140 PS pada 5,000 rpm dengan tork maksmimum 205Nm dari 2000 hingga 4000 rpm.
Untuk sistem keselamatan pula, Suprima S mempunyai enam big udara, ABS, ESC dengan Traction Control. Varian premium ditambah dengan Park Assist yang terdiri daripada kamera undur serta sensor depan dan belakang. Terdapat lima warna yang ditawarkan iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan warna baharu iaitu Atlantic Blue. Proton Suprima S juga mempunyai sedikit perbezaan pada wajah hadapan berbanding Proton Preve iaitu dengan gril baharu yang berbentuk heksagon atau sarang lebah. Proton Suprim S menggunakan roda aluminium bersaiz 16 inci untuk varian Executive dan 17 inci untuk varian Premium.